Monday, December 28, 2009

Zakat saham

Zakat Simpanan & Saham, Blog Lembaga Zakat Selangor, http://blog.e-zakat.com.my/?page_id=90
5. Majikan saya baru-baru ini memberikan saham syarikat sebanyak 4000 unit dengan nilai RM5 seunit kepada semua kakitangan. Namun begitu, saham itu hanya boleh dijual setelah tempoh setahun dan kakitangan hanya dibenarkan memiliki 50 peratus daripada harga jualan. Persoalannya, adakah saya wajib mengeluarkan zakat apabila menjual saham itu nanti?
Saham itu hendaklah dipastikan saham yang mematuhi piawaian syariah. Jika ia tidak tunduk kepada syariah, misalnya menceburi bidang perniagaan yang haram, maka pengembangan daripada pokok saham saudara itu tidaklah boleh dizakatkan. Hanya pokoknya sahajalah yang wajib dikirakan zakatnya.
Dalam kes di atas, ia bermakna saudara mendapat saham yang keseluruhannya bernilai RM20,000.00. Secara kasarnya, ia memang telah melebihi nisab. Namun, katakanlah setelah tamat setahun, harga jualan melebihi daripada harga asal. Andaikan ia berharga RM7 seunit, maka saudara sudah memiliki RM28,000.00.
Oleh kerana majikan hanya membenarkan separuh dimiliki oleh saudara, maka zakat hanya dikenakan 2.5 peratus ke atas nilai RM14,000.00.

p/s: sudahkah anda menunaikan zakat saham ESOS anda..

No comments: