Thursday, December 31, 2009

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Ingat Lima Perkara, Laman Web Rasmi JAIS,
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=609&Itemid=1
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Allah S.W.T berfirman dalam surah Al-Asr ayat 1-3 yang bermaksud : "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran."
Nikmat Sihat dan Masa Lapang, Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei
http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1424/Rabiulakhir/27.htm
Dua nikmat yang ramai manusia terpedaya olehnya ialah nikmat sihat dan masa lapang. Nikmat sihat iaitu sihat tubuh badan daripada sebarang penyakit, daripada sebarang jangkitan dan sebagainya. Masa inilah manusia selalu lalai mengingati Allah Subhanahu Wataala, tinggal sembahyang, tinggal puasa dan macam-macam lagi, tetapi akan sedar dan mula insaf apabila badan sudah lemah dan tidak berdaya lagi akibat sakit dan terkena penyakit, masa inilah baru ingat tikar sembahyang, ingat beramal ibadat, ingat hendak bersedekah dan sebagainya.

No comments: