Friday, December 25, 2009

Cara tidur berdasarkan Rasulullah...

Rujukan 1: Projek myMasjid : Terjemahan Sahih Muslim: http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/index.php?mod=show_matan&hadith_bab=921 

4884.    Hadis Al-Bara' bin Azib r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila kamu ingin ke tempat tidur, berwuduklah terlebih dahulu sebagaimana kamu berwuduk untuk sembahyang. Kemudian berbaringlah di atas lambung kanan. Kemudian bacalah: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ jadikan doa ini sebagai ucapan (kata-kata) terakhir pada malam tersebut. Di mana sekiranya kamu mati nescaya kamu mati dalam keadaan fitrah (suci bersih). Al-Bara' berkata: Aku mengulangi kalimah-kalimah tersebut supaya mengingatinya. Aku menyebut: آمَنْتُ بِرَسُولِكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ Rasulullah s.a.w bersabda: Sebutlah آمَنْتُ بِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ

4889.    Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang itu ingin tidur, hendaklah dia menyimpulkan penghujung kainnya lalu membuang debu-debu yang ada kemudian membaca: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku di tempat tidurnya selepas itu. Apabila dia ingin berbaring, hendaklah dia berbaring di atas lambung kanan. Kemudian berdoa: سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّي بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ
----------

Rujukan 2: Terjemahan Hadis "Shahih Muslim" (Penterjemah: Ma'mur Daud), ISBN 9834044070, "Dzikir, Do'a, Tobat, Dan Istighfar", Doa sebelum tidur (2332-2344), m/s 268-275

2336. Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Apabila seseorang kamu hendak tidur, hendaklah dikirapnya tempat tidurnya lebih dahulu dengan ujung kainnya sambil menyebut nama Allah. Karena kamu tidak tahu apa yang telah terjadi di tempat tidurmu selama kamu tinggalkan. Dan apabila hendak berbaring, maka berbaringlah ke rusuk kanan sambil membaca doa: Subhaanakallaahumma rabbi, bika wadha'tu janbi, wa bika arfa'uhu, in amsakta nafsi faghfirlaha, wa in arsaltaha fah-fazhha bima tahfazhu bihi 'ibadakash shaalihin[69]"

[69] Maha Suci Engkau wahai Allah, Tuhanku! Dengan menyebut nama-Mu kubaringkan tubuhku, dan dengan menyebut nama-Mu aku bangun. Jika Engkau hendak menahan nyawaku, ampunilah dia, dan jika Engkau lepaskan dia, lepaskanlah seperti Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih.

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1572 

No comments: