Monday, December 28, 2009

Sandaran kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5%

FAQ Zakat Pendapatan, Blog Lembaga Zakat Selangor, http://www.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp
Apakah sandaran yang mengatakan kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5%? 
Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata wang/nilai wang.
Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang bermaksud:

"Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."

Pengiraan:
( 5 dirham/200 dirham ) *100 = 2.5%
0.5/20 = 0.025 (iaitu 2.5% kadar zakat) -> 20 dinar (nisab)

No comments: