Wednesday, December 30, 2009

Hadith kepentingan menuntut ilmu

Kelebihan Menuntut Ilmu,
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=109
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan." -Abu ad-Darda' r.a

Kepentingan Ilmu,
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=203
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa." -Riwayat al-Bazzar

Dana Di Dunia Dan Akhirat,
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=443
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu." -Riwayat at-Tirmidzi

Menuntut Ilmu,
http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=174
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali". -Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

No comments: