Maria al-Qibtiyyah atau Maria si Qibti,bahasa Inggeris (Maria The Copt) (meninggal tahun 637) adalah seorang hamba perempuan yang asalnya beragama Kristian Koptik yang dikirimkan sebagai hadiah dari Muqawqis, seorang pegawai Byzantine, kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 628.[1] Menurut sebahagian tokoh Islam, dia turut menjadi isteri Nabi Muhammad, dan oleh itu "Ibu Orang-Orang Mukmin" (Arab: Ummul Mu'minin), sumber lain seperti Ibnu Qayyim bagaimanapun menyatakan bahawa dia hanya seorang hamba.
Perhatian Muhammad terhadap Maria diyakini menyebabkan kecemburuan diantara isteri-isteri lain. Hal itu tidak dapat teratasi hingga turunnya surah ke-66 (At-Tahrim) dalam Al-Qur'an dengan subjek Maria.Mengikut buku "Asbabun Nuzul - Sejarah Turunnya Ayat-ayat Al-Quran, Imam Jalaluddin As Sayuthi" berkenaan ayat 1 surah At-Tahrim:
Dalam suatu riwayat ada dikemukan bahawa Rasulullah mempunyai seorang hamba sahaya perempuan yang selalu dicampurinya. Oleh kerana Siti Hafsah selalu merungut, maka Rasulullah mengharamkan hamba sahaya wanita bagi dirinya. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah at Tahrim: 66: 1) sebagai teguran kepadanya di dalam mengharamkan sesuatu benda yang telah dihalalkan. (Diriwatkan oleh al Hakim dan an Nasa'i dengan sanad yang sahih dari Anas)
Wallahu a’lam (Dan Allah Lebih Mengetahui)...
No comments:
Post a Comment