Monday, January 18, 2010

Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri, Za'ba

Petikan dari article "PENJAWAT AWAM BERWIBAWA" Oleh Dr. Hj. Malek Shah bin Hj. Mohd Yusoff, http://search.pmo.gov.my/i/cache?url=http%3A%2F%2Fwww.jpa.gov.my%2Fdocs%2Fpelbagai%2Fubulanan%2F2005%2FNov-INTAN.pdf&keyword=dbp&s=1148285788953
Pendita Za'ba di dalam bukunya Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri menyatakan:
"Sesuatu negeri dan bangsa menjadi naik atau turun, menjadi maju atau ketinggalan, ialah semua itu terikat sebabnya kepada sifat-sifat keadaan diri tiap-tiap seorang tunggalnya yang menjadikan bangsa itu atau yang menduduki negeri itu." (Za'ba, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. DBP, K.L. 1982)

Sesebuah organisasi itu ialah sebuah kumpulan yang terdiri daripada beberapa individu yang berada di dalamnya. Apabila setiap diri individu di dalam organisasi itu bekerja dengan usaha yang kuat dan cergas, serta kuat dari segi intelek, fizikal dan rohani, maka organisasi itu akan menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun, sekiranya di dalam sesebuah organisasi itu ada individu-individu yang malap, lembap, lesu dan lemah usahanya, lebih-lebih lagi dalam bilangan yang banyak, maka organisasi tersebut akan turut menjadi lemah. Dalam konteks ini, Pendita Za'ba seterusnya menyatakan:
"Maka jika dicabut dihapuskan dari akar umbinya sifat-sifat perangai mereka yang menjadikan malap dan lemah ini, dan dibunuh buang habis segala kuman-kuman yang mencenderungkan mereka jadi lembap, lembik, lesu, dan mengantuk itu, nescaya tubuh bangsa itu akan tumbuh dengan subur dan sihat, tegap dan segar, kuat dan gagah. Dengan keadaan demikian dapatlah ia (bangsa itu) kelak terangkat naik kepada tingkat ketinggian dan kejayaan umum." (Za'ba, Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. DBP, K.L. 1982)

No comments: