Thursday, January 14, 2010

Istiqamah lebih baik dari karamah

Istiqamah, azam sempena tahun baharu 2010*
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Semua orang boleh berazam. Senarailah sebanyak mana sekalipun azam mereka. Satu hakikat yang pasti, semuanya bergantung kepada kekuatan diri mereka untuk terus istiqamah dalam melaksanakan sesuatu perkara.
Orang yang istiqamah adalah seorang yang mulia. Seperti kata Hamka, "Sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah".
*ralat: untuk makluman, ayat Al-Quran yang dinyatakan dalam article di atas berkenaan Istiqamah sepatutnya adalah Surah Hud ayat 112 (bukan ayat 12 seperti yang tertulis).

http://cahayamukmin.blogspot.com/2008/12/istiqamah-lebih-baik-dari-1000-karamah.html


Berkata Imam Abu Qasim Al Qusyairi,
” Ketahuilah sesungguhnya wali2 Allah yang haq mendapat taufik untuk kekal istiqamah untuk mengerjakan ketaatan dan terpelihara dari mengerjakan maksiat.[ Mahfuz] ISTIQAMAH ini lebih baik dari seribu karamah yang menyalahi adat.”

Sebagaimana kata sesetengah orang A ‘rif
“Istiqamah itu terlebih baik daripada seribu keramat. Ini kerana kadang-kadang dianugerahkan keramat yang menyalahi adat bagi orang belum sempurna Istiqamah.”

Berkata Syeikh Ibnu Ibad (rh) dalarn syarahannya,
 “Keramat yang sebenar itu ialah jika terhasil Istiqamah dan sampai kepadanya kesempurnaan".

No comments: