Monday, January 24, 2011

melihat kewujudan Allah di sebalik kewujudan alam tabii

Kempen tanam pokok bantu mantapkan keimanan
Oleh Dr Zaini Ujang, Berita Harian 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kempentanampokokbantumantapkankeimanan/Article
Profesor Muhibbudin ketika membahaskan kitab Hikam, manusia terbahagi dua golongan, iaitu mereka yang tidak melihat kewujudan Allah di sebalik kewujudan alam tabii dan mereka yang dapat melihat kewujudan Allah seperti tersirat pada alam tabii. Bagi golongan kedua ini, wujud pula empat pembahagian lain iaitu: (a) manusia yang melihat Allah SWT pada alam tabii. Ketika melihat alam sekitar misalnya, maka terlihatlah betapa segala yang dilihatnya itu adalah ciptaan Allah dengan kudrat-Nya; (b) manusia yang melihat alam tabii, sekali gus melihat Allah di samping alam tabii itu. Maknanya, apabila manusia itu melihat alam tabii, maka dia melihat Allah Yang Maha Mengatur apa yang dikehendakinya terhadap alam ini; (c) manusia yang melihat alam tabii untuk memperteguhkan lagi keyakinan dan pengetahuannya terhadap sifat Allah Yang Maha Mencipta, Yang Maha Besar; (d) manusia yang dilalaikan dengan alam tabii, kemudian tersedar mengenai sifat Allah Yang Maha Mencipta.

No comments: